Sunday, August 23, 2009

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH

...sambungan

Malam 16
  • Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17
  • Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18
  • Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19
  • llah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20
  • Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21
  • Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22
  • Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23
  • Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24
  • Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25
  • Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26
  • Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27
  • Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28
  • Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29
  • Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30
  • Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1
  • keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2
  • diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3
  • berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4
  • memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5
  • Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6
  • Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8
  • Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9
  • Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10
  • Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11
  • Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12
  • Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13
  • Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14
  • Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15
  • Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

bersambung...

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Ketika bulan sya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang, Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan suci Ramadhan.

Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan sekali untuk memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.

Keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah:

i. Ramadhan merupakan bulan yang permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka.

ii. Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

iii. Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

iv. Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.

v. Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.


~sumber : www.al-azim.com

Sunday, August 9, 2009

PREVENTION OF H1N1 DISEASE

What about Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) is a highly contagious acute respiratory disease caused by Type A influenza virus’ strain H1N1. The virus is spread by aerosol, direct and indirect contact. Transmission has been documented limited to close contacts and close groups of people. Currently, cases of Influenza A have been reported in many countries such as United States, Australia, Indonesia and other countries including Malaysia.


When is the infectious period of the disease?

The infectious period for a confirmed case of Influenza A virus infection is defined as 1 day prior to the case’s illness onset to 7 days after onset.


What is its mode of transmission?
  • Respiratory droplets
  • Direct contact (skin or fomites)

What are the signs and symptoms of the disease?
  • Fever AND any of the following stmptoms
  • Cough
  • Sore throat
  • Body ache
  • Headache

Other symptoms include :

  • Chills
  • Fatigue
  • Vomiting
  • Diarrhoea

What are the case definitions ?
  • Confirmed case: A person with an acute febrile respiratory illness with laboratory confirmed Influenza A (H1N1) virus infection by one or more of the following tests:
    • Real time RT-PCR
    • Viral culture
    • Four-fold rise influenza A (H1N1) virus specific neutralizing antibodies.
  • Suspected case: A Patient Under Investigation of Influenza A / H1N1 virus infection is defined as an individual presenting with
    • fever , AND
    • One or more of the following respiratory symptoms: cough, sore throat, body ache, difficulty in breathing, AND
    • One or more of the following: close contact with a person diagnosed as Influenza A/H1N1 OR within 7 days oftravel to an area reporting cases of confirmed Influenza A/H1N1 (within 7 days of exposure / contact)

Other Definitions
  • Acute febrile respiratory illness: Fever >38°C and recent onset of at least one of the following: rhinorrhoea or nasal congestion, sore throat, or cough.
  • Close contact: a person having cared for, lived with, or had direct contact with respiratory secretions or body fluids of a probable or confirmed case of Influenza A (H1N1).


~source:http://h1n1.moh.gov.my/h1n1PreventionGuidelines.php